Showing posts with label Life Lesson. Show all posts
Showing posts with label Life Lesson. Show all posts
20 September 2017 0 'uJiAn'

Lesson 12 : H'eart

Day still moving.
Where the words come day by day.

But why 'heart' remained?
Still thinking old stuff, grudge on old flame.
Not knowing why.
'Heart' keep asking but 'it' never moving.

Is it the faith lacking of, is it the guarantee looking for.
Why?
What?
Tell the world.

You are the 'heart' not the lung that keep pumping.
You just standstill doing nothing.

Why so hard?
If it is too hard, you will hurt.
Hurt and hurting.
Not only you.

Remember.

15 January 2017 0 'uJiAn'

Lesson 11: Sakit Hati

Bismillah. Shared from friends to friends. Seriously baca memang terkejut. Sampai begitu sekali darjatnya. Let's look for the hikmah.

"

Kalau sakit hati sangat pun dengan Suami,

Jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah tanda kita bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Suami tak memerlukan maaf kita, tapi kita yang isteri sangat perlu kemaafannya.

Sebab apa?

Hanya dengan restu dan doa Suami, Allah meminta malaikat menjaga isteri dari keluar pagi hingga balik nanti.

Di pejabat, di tempat kerja, di jalanraya, Allah haramkan segala kejahatan dekat dengan isteri yang selalu meminta izin pada Suami.

Bukan soal siapa Suami, tapi soalnya, di sisi Allah, apakah yang ada pada Suami!

Saya hanya berpesan, sebelum Allah beri peringatan!

Terima kasih Wahai Para Isteri.

"

(Dikongsikan oleh Abu Huraira Asifa.)

Note: All words are copied and pasted.
Bukan senang nak cari redha Allah nak oi!!!

29 December 2016 0 'uJiAn'

Lesson 10: Mati

Mati.
Tak mungkin ku bisa lari.
Sampai bila harus begini.
Esok apa akan jadi.

Mungkin ku terleka.
Terbawa duka lara yang tercipta.
Jauh di sudut hati aku mengharap.
Agar ia berlalu selajunya.

Pergi.
Bila diminta ia pergi.
Ia masih tetap kembali.
Siapa yang perlu disalahkan.
Adakah diri atau hati.

Amarahmu, seksanya Kau yang tahu.
Seperti kecewa dihempap batu.
Sedih pilu, hanya itu yang ku tahu.
Terus mencuba agar ia berlalu.

Sampai bila?
Hingga ajal tiba?
Masih di takuk lama.
Biar mereka dengan dunianya.
Biar kita diterima pencipta.

Madahku bukan mengajarmu.
Madahku memujuk hatiku.
Agar bersama mendaki.
Gunung arasy yang tak pernah ku temu.
Sering dipinta dalam doaku.

Biarku mati dalam dakapanMu.
Jemput ku pergi dalam redhaMu.
Ku tak mahu dalam AmarahMu.
Itulah ketakutanku.

Terimalah aku.
Peluklah aku.
Dekatilah aku.
Rayuku.

Aku ingin bersamaMu.
Menikmati syurgaMu.
Menghirup anginMu.
Melewati bahteraMu.

Sungguh aku ingin mati.
Sungguh aku takut mati.
Hatiku, imanku tak pernah satu.
Tapi aku tahu, aku pasti.
Mati.

Sayangku.
Sayangiku.

22 December 2016 0 'uJiAn'

Lesson 9 : Pandangan

Assalamualaikum, salam jumaat!

"Apa pandang-pandang?"

Hahaha.. Bukan itu yang nak distorykan.
Tapi pandangan. Hmm..

Frankly speaking, memang kita jaga betul apa yang orang pandang kita, tengok kita, fikir tentang kita. Kan kan kan. 😂

Betul! Itulah pandangan manusia.
Kita akan always think others impression on us.

"Sampai hati dia fikir aku macam tu".
"Sanggup dia cakap aku macam tu".

Dear. Yes. Kita akan tengok physically. Maksudnya, benda yang depan mata kita layan. Kita fikir until overthinking.
But!
Ha! Benda yang tak nampak. Hado kita pikir apa yang 'dia' pandang.

Apa yang dimaksudkan tu?
Maksud aku PANDANGAN TUHAN.
Pandangan pencipta kita.
Yang create kita until this perfect even we thought we are not perfect enough.
But still cukup lengkap sifat fizikal kan. Yang tak perfect enough tu attitude. Itu boleh diimprovisikan.

Kadang ada tak terfikir. Aku solat lambat. Lambat ni nak jumpa pencipta aku. Date pukul 1.30. Tapi kita lambat-lambat. Without thinking that mesti lama Dia tunggu kan.

Tapi, cuba date dengan human being. Appointment dengan bos. Bukan main punctual kan. Tepat pada masanya gitu.

Itula beza pandangan Allah dengan pandangan manusia.
Kita jaga pandangan manusia tu ok. Bukan tak ok. Tapi sampai fikir sangat kalau orang tu cerita buruk tentang kau tu, tak perlulah. Janji kita buat menepati pandangan Allah. Lantakla diorang nak fikir bukan-bukan. Pusing cerita tonggang terbalik pun kan. Nak canang satu dunia ke. Terpulang.

Yang penting. Kau tahu apa yang kau buat. Apa yang kau buat mesti penting untuk tepati pandang Allah. Meanings, buat yang baik-baik. Perkara yang Allah suka. Kalau kau tahu kau salah, kau minta maaf. Kalau dia tak nak maafkan terpulang. Yang menilai tu Allah. That's the grand worth. 

Ni sampai menangis air mata darah.

"Orang dah benci aku. Dah fitnah aku."
"Apa yang jadi tak sama dengan apa yang diorang cerita belakang aku".

Let them be. Jangan kau pula pergi canang buruk tentang diorang. Itu tak ubah sama je macam diorang.

Ok guys?
Priority. Think about it.
Mari tingkatkan diri 😍

Note: note to myself too.

21 December 2016 0 'uJiAn'

Lesson 8: Egokah aku?

Assalamualaikum, ohayo gozaimasu!

Cliche sangat tajuk kan?
Seriously, uolzz tak rasa kah kita semua ni ego. Masing-masing ada ego.
Orang tegur, kita sentap. Nak tegur kena ada piawai. Mesti ada standard.

"You are not good enough. Tak yah la nak tegur orang. Cermin muka tu dulu."

"Egokah aku?"

Sayangku sekalian. Tipu kalau tak pernah rasa. Adik tegur kita marah dia.

"Kau tu adik!"

Salahkah bila orang tegur?
Kenapa terlintas pula di hati orang tu untuk tegur kita?
Kenapa tak tegur orang lain?

Sayangku sekalian.
Lintasan fikiran. Gerak hati. Idea yang mencurah-curah. Semua Dia yang buat.
Why I said so?
Yes, it happened to me.

Terkadang bila dah stuck nak buat coding, tiba-tiba idea datang.
Kadang kerja yang berminggu-minggu tak siap. Esok datang terus siap.
Siapa yang bagi idea semua tu kalau bukan Dia.

Ego kita tak kemana.
Memang sentap bila someone said something yang memang bull's eye target kat kita.
Why not, take a deep breath. Before nak cakap apa-apa that will make it worse, then weolzz fikir balik.
There must be something, silver lining behind all this yang kita sendiri tak jangka.
Jangan sampai tak ada siapa ambil tahu tentang kita.

"Lantak engkaulah. Apa nak jadi, jadilah"

Baru nanti kita tahu, Allah datangkan teguran melalui pelbagai cara.
Kita minta.
Minta Dia tegur kita dengan cara lembut. Taknaklah sampai dah sebatang kara nanti baru nak sedar.
Dah tak ada orang sayang kita.
Dah tak ada semua tu.

So sayang-sayang sekalian.
Sungguh aku tak kuat.
Sungguh kita ini lemah.
Sungguh.

Aku tak tipu.
I need you.
And you need me.

Tak salah buang ego tu. Jangan rasa kita dah besar. Kita boleh fikir mana baik mana buruk. Jangan hanya dengan ilmu yang sedikit. Kita dah mendabik dada. Dah mula nak menjadi hakim dunia.

Tak nak. Jangan.
Lets put our hand behind our shoulder. It is weird. Put our hand behind others, and other put behind you. It's better. No it is the best thing ever!

Note: Despite all things, even if you do care for others, jangan mengharap balasan. Ingat Allah ada. Biar Dia yang tentukan ganjaran untuk kita 😊

20 December 2016 0 'uJiAn'

Lesson 7: Salahkah Aku Berdendam?

Salahkah aku berdendam?
Hati yang sakit, lagi disakiti.
Masih tiada yang memahami.
Puncanya tidak dapat dicari.

Salahkah aku berdendam?
Mencuba berubah mahukah?
Mencari solusi jumpakah?
Bicara kalbu makin mendalam.

Salahkah aku berdendam?
Istikharahku sepertiga malam.
Penantian demi pencarian.
Sujudku penuh harapan.

Salahkah aku berdendam?
Dunia akan ditinggalkan.
Pasti.
Namun jejak hati masih di sini.
Mengapa?
Aku tidak pasti.
Ya rabb, berikanku kata pengakhiran.

Yang aku pasti,
Salah dan benar.
Ya atau tidak.
Mati itu pasti.
Syurga itu menanti.
Masihkah aku mahu berdendam?

Hati.
Fikirlah sendiri.

Note: Sorrowful!
Please guide me to the light!

11 September 2014 0 'uJiAn'

Lesson 6: Ikhtilat

Assalamualaikum, salut!

Apa khabar hati? Hehe. Ada gaya talk show di tv dah.
Ikhtilat. This word I found when I read H book. Ikhtilat atau nama lainnya pergaulan.
I don't want to touch about definition or so on. But I want to share a story here.

Last time, when I do my pracs at H company. Nak praktikal pun ada interview. It got 2 session, session 1 lepas alhamdulillah. Next, dengan manager. So, I wait for my turn.

Masuk-masuk je. Dapatlah di interview with Mr. SK, chinese guy.
Suddenly, dia nak jabat tangan. I'm shock at that time. Kalau korang, apa korang nak buat?

Dalam hati aku cakap,
"Ni kalau tak sambut segan pula dia nanti. Manager tu yang hulur. Kalau nak elak, nak buat savadikap tu ke? Nanti pelik pula. Hmm.."

Jadi aku buat keputusan. Aku bow macam orang jepun. 90 degrees tau. Nak terhantuk meja dibuatnya.

Then, I said,
"Sorry."
"Why?" Dia tanya.

Aduh, apa aku nak cakap. Dengan impromptu nya aku jawab.
"Because I am muslims."

Pull stop. Tu je?

Habis je sesi interview tu. Aku terfikir. Aku ingat semua orang faham. Kenapa dia tak faham aku tak nak sambut? Lagi mahu tanya Why?
But, alhamdulillah dapatlah berintern 4 bulan di situ.

Next story, masuk alam pekerjaan. Different things. A lot!
Waktu belajar ada je yang non-muslims. Tak ada hal pun. But...
As this salam-salam thingie menjadi-jadi. Aku pun search,
How to avoid salam with different gender?

Then, aku jumpa story tentang Morsi. Kenal Morsi? Alah yang si Sisi tu jealous sangat tu. Mesir story. Tak pa, nanti korang search ye.

Ok, so what happen. Ada satu cara. Yang memang american people amalkan pun.

Cara dia,
1. Letak tangan kanan atas bahu kiri.
2. Then, tunduk sedikit.
3. Add with a smile :)
Hah, senangnya.

Nak dipendekkan cerita, aku join one club ni. 'Master PembakarRoti'. Club ni NGO club. For those who want to improve their public speaking.

Ye lah. Aku selalu je ada miscommunication with my boss. Then, I decide to join this club. Dekat, bolehlah on the way balik tu singgah.

So, first time datang kan. Ramai lah yang nak berkenalan. (Cewah)


I try to practice what I learned.
It's quite awkward. Ye lah orang nak salam, pergi tunduk pula.

On that night, ada world championship datang nak bagi speech and tips.
Kelab ni dia train korang, then masuk contest till international level.

Suddenly, dia masukkan cerita tentang aku.
"Well, there is someone out there, who are not comfortable to shake hand. But, I do want to emphasize what does one person did,"
(Aku lah tu)

" 'Dia' cross hand and bow to me. That is the way 'dia' socialize. But still, 'dia' do socialize."

Wow, ini yang dia fikir selama ini. Even it is commented positively, but I do terfikir, because of a few people, most of other people, salah faham.

Fortunately, dia faham as this Mr. Championship ni is non-muslims. But, how about the rest yang muslims?

We can do this. Tak salah kan. Allah yang cakap tak boleh. Bukannya aku.
Mula-mula memang susah. Aku pun akui. Tapi kalau benda Allah yang suruh, mesti Dia mudahkan. Kan?

Note: For those yang baru nak masuk alam pekerjaan. It is tough. Sebab apa? Sebab it is reality. Macam-macam kita nampak. Different from all the theories thingie that we learned before. But please, don't worry, jangan lupa kita kan ada Allah. ^_^
0 'uJiAn'

Lesson 5: Yakin?

Assalamualaikum, WanShang Hao!

Baru saja post tentang yakin. Yakin. Senang je cakap. Nak buat. Hmm..
Cerita tentang yakin ni, aku teringat the other day, my ayah bawa la aku jumpa one consultant. Bukan untuk kaunseling ke apa ye. Just because he want to be one. So, aku pun ikutlah.

Sembang-sembang, nak dipendekkan cerita, tersebutlah kisah tentang this creepy word, yakin.

"Adik dah berapa lama kerja?"
(Ceh adik tu. Hehe)

"Baru beberapa bulan belum 1 year lagi."

"Ha, salah tu, patut cakap dah setahun dah. Kan lain setahun dengan belum cukup setahun."

Huh? Aku belum cukup setahun, nak kata setahun pula. Mana boleh. Pelik lah makcik seorang ni. Mudah je la nak cakap. Kalau aku kata setahun, nanti semua orang wow mesti dah banyak pengalaman kan. Skill mesti power kan. Tak nak lah aku cakap setahun.

Then, she suggests me to do something abnormal. A bit la.

"Your company ada berapa ramai?"

Mana aku tahu. Keluar masuk orang. Muka tak pernah sama. Kejap orang ni balik dari client-site. Then , orang lain pulak pergi client-site.

"Entah dalam 500  orang ada kot."

"Ok, nanti pergi lunch dengan mana-mana person in charge dalam training department or HR. Secara undirectly try masuk jarum perkenalkan B consultancy ni. Then, if jadi, akak discuss dengan diorang."

Huh? Aku baru tak sampai setahun. Nak makan dengan diorang. Tak betul ke akak ni.
"Ok I'll try."

"Tak ada istilah I try. Do it. Jadi tak jadi belakang kira."

Ha sudah. Memang lah aku nak tolong ayah cari client. But gila! Nonsense. Aku kena lah try dulu.

That's begin of everything.
"I try VS I do"

At the first place, bila kita dengar word 'cuba' mesti kata,
"Tak yakin budak ni."

Ya lah kau fikir nak coding bagai ni fikir skill je. Kau kena ambil kira juga masalah hardware ke, server ke. Kadang-kadang benda tak jangka yang memang kita tahu AKAN jadi.

Tapi, tak salah kalau yakin.
"Yes, I'll try my best!"
"Yes, I'll do my best!"
It is really bring different meaning.

Note: From now on need to change from 'Try' to 'Do'. More convincing. Ain't I right?
10 September 2014 0 'uJiAn'

Lesson 4: Tazkirah Khamis

Asslamualaikum, Konnichiwa!

Ha, nak pergi mana tu, jangan lari. Asal nama tajuk tazkirah, ceramah, ah-ah belakang tu lari ye.
No no no, tak mo tak mo tak mo.

Hehe, bukan nak bagi tazkirah pun la. Don't worry ok. Just nak share satu benda yang aku sembang dengan adik aku hari tu.

Adik aku now dia study dekat tahfiz. Ya, alhamdulillah. My ibu cakap,
"Nak hantar kau dulu tak cukup duit sekarang dah kaya sikit bolehlah masukkan adik kau tu."

Cehh, kaya sangat. Ye lah ye ibu, along hafal sendiri la. (Tu yang juzuk amma dah tasmik pun lupa balik).

Ok dah jauh melalut. Cerita pasal adik aku. Nak dijadikan cerita alkisahnya dia kata kawan-kawan amat-amatlah hebat. Dua jam boleh tasmik dua muka. Dia yang dua hari satu muka pun ingat-ingat lupa. Jadi dia rasa down. Tak boleh nak bawak.

Jadi sebagai along yang mithali (cewah) aku pun nasihat lah dia. Tak nak dia down sangat. Walaupun aku lagi yang patut down. Juzuk amma pun lupa dah. Hehe.

Yakin. Tu yang aku cakap kat dia.
"Ko kena yakin achik. Even though bila compare dengan orang lain ko rasa kurang. Tapi Allah tak tengok end result je tau. Dia tengok effort kita."

Then ditibainye adik aku tanya,
"Along even though tu apa?"

Allah, punya panjang lebar aku cakap.
"Even though tu maksudnya walaupun."
Adik kan. Tak pe. Sabar.

Then aku sambung,
"Jadi ko kena yakin. Allah nak bagi, bila-bila dia boleh bagi. Tapi Allah nak tengok ko sayang Dia banyak mana."

Lepas itu aku tambah la example yang aku 'ter'dengar kat ikim fm.
"Ko nak tau dulu la, ni kisah zaman nabi. Ada orang tu buta. Buta, so macam mana nak mengaji qura'an. Dulu mana ada qura'an braille ni. Tapi tiap malam sebelum tidur dia akan peluk qura'an tu sampai dakwat pecah-pecah  sebab menangis-nangis tak dapat baca ayat-ayat yang Allah nak beritahu dia."

Adik aku melopong dengar. Focus. Then masuk pula adik aku yang kecil sekali. Pun join. Lagi semangat aku, dah macam motivator.

"Ko tahu, nabi agung-agungkan dia tau. Jadi sahabat nabi yang lain nak tengok la orang tu. Memang. Sampai tak nampak tulisan, sebab air mata dia menitis atas qura'an tu."

"Jadi ko nampak tak apa yang along nak sampaikan. Ko kena yakin. Kebolehan semua orang Allah bagi lain-lain sebab nak tengok usaha. Cuba ko fikir, kalau ko genius, ada ko nak cuba bangun malam semata-mata nak hafal sebab esok ustazah nak tasmik. Baik ko hafal esok kan."

"Thanks along."

Waduh touching aku. Yakin. Hmm.. aku pun tak confident. As long as I do my best. Ya. Jangan pula rasa dah terbaik dah aku buat ni. Jangan berhenti buat yang terbaik. Yeah, that's better.

Note: Panjang pula entry aku kali ni. Hmm.. tukar cita-cita jadi motivator la. Hehe.
0 'uJiAn'

Lesson 3: Definisi baik?

Assalamualaikum, Konnichiwa!

Baik. Hmm.. Kadang-kadang aku dah rasa aku baik. Why? Because of tudung? Stokin? Tutup aurat? Baju longgar, tak ketat?
Cukup dah ke?
Macam itu ke definisi baik?

Entahlah. Manusia kadang-kadang bila buat benda lebih sedikit dah rasa diri tu better than others.

Yes, I do. Tak dinafikan aku pun macam tu. Ya memang dulu aku tak adalah berapa baik sangat. Lying tu dah macam skrip harian. Even though solat lima waktu tak pernah tinggal. Tapi kadang dah hujung tanduk baru nak start solat. Gabung terus dengan solat lepas tu. Hehe..Khusyuk tak payah cakap la.

Then one book told me one thing,
"Definisi baik ikut aku, asal sayang Allah, beriman denganNya.", H's book
(Nak quote nanti kata aku jiwang baca buku cintan cintun.)

Lebih kurang macam tu lah dia cakap. Tapi meaning dia, as long as you meet His requirement, you are baik.

Wow, dengar macam relaks je, ringan je, but the truth is ikut apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Dia larang. Then makruh-makruh thingie jangan buat. Sunat-sunat thingie tambahkan.

Berat tu. Tapi ye lah, ikut satu hadis.
"Dan Aku ciptakan jin dan manusia tidak lain adalah untuk beribadat padaKu"

So, are we really baik. Cukup kah baik yang kita rasa dengan baik sepatutnya kita jadi?
" There's no perfection in life, but there is always room of improvement between it to reach the perfection ", H's book.

Hah, tu dia. Tunggang-langgang english aku. But the main point here adalah, jangan berhenti mengalah. Tak ada orang yang baik gilest kat dunia ni. Tapi yang paling baik adalah orang yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Aamiin. InshaAllah.

Note: Waduh-waduh susah banget sih. Nak bangun qiam pun berat. Mata nak tutup balik ni. How? Tak pe we can do this! Fighting! Menuju ke arah yang lebih baik! Yeah!
(Buat sama-sama lagi baik dari buat seorang diri, jom! ^_^)

0 'uJiAn'

Lesson 2: Halal VS Haram

Asslamualaikum, xiawu hao!!

Suddenly terremembered one guy. This happen last time around 5 years ago. (Wow tuanya aku.) I happen to chat with seorang mamat ni. Quite long kitorang kenal, but via online je la.

Ada one time tu, suddenly he ask ,
"Saya ada beli kasut. Berkenan sangat. Kasut kulit. Then I nekad, kumpul duit then beli kasut tu. But then I realise that... kasut tu kulit baby. Tapi dah beli. Sayang. Mahal tu. Takkan nak buang. Hmm..If I'm wearing kasut kulit babi, pada awak macam mana? "

Hmm, waktu tu form 5. Muda lagi. Tak habis menuntut ilmu lagi, then aku terus terlintas dalam fikiran, hush haram tu. Gila apa mamat ni. Ajaran sesat ni.

Aku off. Stop. Bahaya kawan ngan mamat ni. Tapi dia dengan coolnya berkata,
"Takpe when you already know the answer, then you YM"

Dulu mana ada wassap bagai ni. Hmm. Aku dah confuse. Later, punya lah lama baru aku dapat jawapan. Tapi time tu dah masuk universiti. Maybe around 1-2 years after. Tapi sebab janji aku YM juga ke dia.
"Now I know actually what happen, pegang anjing and baby hukum dia tak haram. Cuma wajib samak. Tapi ada tambahan, pegang or sentuh perempuan atau lelaki ajnabi, means yang bukan muhrim, itu yang haram. Nak samak pun tak boleh."

Even until today I don't have any news from him. But at least janji dah ditunaikan. Ye tak.
Thanks for happen to open my eyes. Kalau tak sampai sudah aku tak tahu.

Sesungguhnya ilmu Allah tu luas. Sangat luas. Masih banyak yang belum aku tahu. Will gather my will and strength to dig all Your knowledge and wisdom.
Thanks Allah.

Note: Sesiapa yang ada hadis or firmanNya boleh lah kongsi di sini :)
09 September 2014 0 'uJiAn'

Lesson 1: Angau in english?

Dear Allah, why you make this heart full of emotion? Every time I think about it, I felt choked.
Sometimes , kita terlampau mengejar 'cinta' manusia.
Sendiri tertanya ' Why I'm the only one like this? ' Tapi kita didn't realise that  ramai yang sebenarnya sayang pada kita.  Hopefully .. I do hope .. please Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, saya sayang Allah sangat-sangat. Please, dunia
that you created really testing me in all aspects.
#CintaIlahiCintaAbadi
Notes: Ha tu la banyak sangat baca novel kan dah angau. Padan muka. :)
 
;