20 December 2016

Lesson 7: Salahkah Aku Berdendam?

Salahkah aku berdendam?
Hati yang sakit, lagi disakiti.
Masih tiada yang memahami.
Puncanya tidak dapat dicari.

Salahkah aku berdendam?
Mencuba berubah mahukah?
Mencari solusi jumpakah?
Bicara kalbu makin mendalam.

Salahkah aku berdendam?
Istikharahku sepertiga malam.
Penantian demi pencarian.
Sujudku penuh harapan.

Salahkah aku berdendam?
Dunia akan ditinggalkan.
Pasti.
Namun jejak hati masih di sini.
Mengapa?
Aku tidak pasti.
Ya rabb, berikanku kata pengakhiran.

Yang aku pasti,
Salah dan benar.
Ya atau tidak.
Mati itu pasti.
Syurga itu menanti.
Masihkah aku mahu berdendam?

Hati.
Fikirlah sendiri.

Note: Sorrowful!
Please guide me to the light!

0 'uJiAn':

 
;