29 December 2016 0 'uJiAn'

Lesson 10: Mati

Mati.
Tak mungkin ku bisa lari.
Sampai bila harus begini.
Esok apa akan jadi.

Mungkin ku terleka.
Terbawa duka lara yang tercipta.
Jauh di sudut hati aku mengharap.
Agar ia berlalu selajunya.

Pergi.
Bila diminta ia pergi.
Ia masih tetap kembali.
Siapa yang perlu disalahkan.
Adakah diri atau hati.

Amarahmu, seksanya Kau yang tahu.
Seperti kecewa dihempap batu.
Sedih pilu, hanya itu yang ku tahu.
Terus mencuba agar ia berlalu.

Sampai bila?
Hingga ajal tiba?
Masih di takuk lama.
Biar mereka dengan dunianya.
Biar kita diterima pencipta.

Madahku bukan mengajarmu.
Madahku memujuk hatiku.
Agar bersama mendaki.
Gunung arasy yang tak pernah ku temu.
Sering dipinta dalam doaku.

Biarku mati dalam dakapanMu.
Jemput ku pergi dalam redhaMu.
Ku tak mahu dalam AmarahMu.
Itulah ketakutanku.

Terimalah aku.
Peluklah aku.
Dekatilah aku.
Rayuku.

Aku ingin bersamaMu.
Menikmati syurgaMu.
Menghirup anginMu.
Melewati bahteraMu.

Sungguh aku ingin mati.
Sungguh aku takut mati.
Hatiku, imanku tak pernah satu.
Tapi aku tahu, aku pasti.
Mati.

Sayangku.
Sayangiku.

22 December 2016 0 'uJiAn'

Lesson 9 : Pandangan

Assalamualaikum, salam jumaat!

"Apa pandang-pandang?"

Hahaha.. Bukan itu yang nak distorykan.
Tapi pandangan. Hmm..

Frankly speaking, memang kita jaga betul apa yang orang pandang kita, tengok kita, fikir tentang kita. Kan kan kan. 😂

Betul! Itulah pandangan manusia.
Kita akan always think others impression on us.

"Sampai hati dia fikir aku macam tu".
"Sanggup dia cakap aku macam tu".

Dear. Yes. Kita akan tengok physically. Maksudnya, benda yang depan mata kita layan. Kita fikir until overthinking.
But!
Ha! Benda yang tak nampak. Hado kita pikir apa yang 'dia' pandang.

Apa yang dimaksudkan tu?
Maksud aku PANDANGAN TUHAN.
Pandangan pencipta kita.
Yang create kita until this perfect even we thought we are not perfect enough.
But still cukup lengkap sifat fizikal kan. Yang tak perfect enough tu attitude. Itu boleh diimprovisikan.

Kadang ada tak terfikir. Aku solat lambat. Lambat ni nak jumpa pencipta aku. Date pukul 1.30. Tapi kita lambat-lambat. Without thinking that mesti lama Dia tunggu kan.

Tapi, cuba date dengan human being. Appointment dengan bos. Bukan main punctual kan. Tepat pada masanya gitu.

Itula beza pandangan Allah dengan pandangan manusia.
Kita jaga pandangan manusia tu ok. Bukan tak ok. Tapi sampai fikir sangat kalau orang tu cerita buruk tentang kau tu, tak perlulah. Janji kita buat menepati pandangan Allah. Lantakla diorang nak fikir bukan-bukan. Pusing cerita tonggang terbalik pun kan. Nak canang satu dunia ke. Terpulang.

Yang penting. Kau tahu apa yang kau buat. Apa yang kau buat mesti penting untuk tepati pandang Allah. Meanings, buat yang baik-baik. Perkara yang Allah suka. Kalau kau tahu kau salah, kau minta maaf. Kalau dia tak nak maafkan terpulang. Yang menilai tu Allah. That's the grand worth. 

Ni sampai menangis air mata darah.

"Orang dah benci aku. Dah fitnah aku."
"Apa yang jadi tak sama dengan apa yang diorang cerita belakang aku".

Let them be. Jangan kau pula pergi canang buruk tentang diorang. Itu tak ubah sama je macam diorang.

Ok guys?
Priority. Think about it.
Mari tingkatkan diri 😍

Note: note to myself too.

21 December 2016 0 'uJiAn'

Lesson 8: Egokah aku?

Assalamualaikum, ohayo gozaimasu!

Cliche sangat tajuk kan?
Seriously, uolzz tak rasa kah kita semua ni ego. Masing-masing ada ego.
Orang tegur, kita sentap. Nak tegur kena ada piawai. Mesti ada standard.

"You are not good enough. Tak yah la nak tegur orang. Cermin muka tu dulu."

"Egokah aku?"

Sayangku sekalian. Tipu kalau tak pernah rasa. Adik tegur kita marah dia.

"Kau tu adik!"

Salahkah bila orang tegur?
Kenapa terlintas pula di hati orang tu untuk tegur kita?
Kenapa tak tegur orang lain?

Sayangku sekalian.
Lintasan fikiran. Gerak hati. Idea yang mencurah-curah. Semua Dia yang buat.
Why I said so?
Yes, it happened to me.

Terkadang bila dah stuck nak buat coding, tiba-tiba idea datang.
Kadang kerja yang berminggu-minggu tak siap. Esok datang terus siap.
Siapa yang bagi idea semua tu kalau bukan Dia.

Ego kita tak kemana.
Memang sentap bila someone said something yang memang bull's eye target kat kita.
Why not, take a deep breath. Before nak cakap apa-apa that will make it worse, then weolzz fikir balik.
There must be something, silver lining behind all this yang kita sendiri tak jangka.
Jangan sampai tak ada siapa ambil tahu tentang kita.

"Lantak engkaulah. Apa nak jadi, jadilah"

Baru nanti kita tahu, Allah datangkan teguran melalui pelbagai cara.
Kita minta.
Minta Dia tegur kita dengan cara lembut. Taknaklah sampai dah sebatang kara nanti baru nak sedar.
Dah tak ada orang sayang kita.
Dah tak ada semua tu.

So sayang-sayang sekalian.
Sungguh aku tak kuat.
Sungguh kita ini lemah.
Sungguh.

Aku tak tipu.
I need you.
And you need me.

Tak salah buang ego tu. Jangan rasa kita dah besar. Kita boleh fikir mana baik mana buruk. Jangan hanya dengan ilmu yang sedikit. Kita dah mendabik dada. Dah mula nak menjadi hakim dunia.

Tak nak. Jangan.
Lets put our hand behind our shoulder. It is weird. Put our hand behind others, and other put behind you. It's better. No it is the best thing ever!

Note: Despite all things, even if you do care for others, jangan mengharap balasan. Ingat Allah ada. Biar Dia yang tentukan ganjaran untuk kita 😊

20 December 2016 0 'uJiAn'

Lesson 7: Salahkah Aku Berdendam?

Salahkah aku berdendam?
Hati yang sakit, lagi disakiti.
Masih tiada yang memahami.
Puncanya tidak dapat dicari.

Salahkah aku berdendam?
Mencuba berubah mahukah?
Mencari solusi jumpakah?
Bicara kalbu makin mendalam.

Salahkah aku berdendam?
Istikharahku sepertiga malam.
Penantian demi pencarian.
Sujudku penuh harapan.

Salahkah aku berdendam?
Dunia akan ditinggalkan.
Pasti.
Namun jejak hati masih di sini.
Mengapa?
Aku tidak pasti.
Ya rabb, berikanku kata pengakhiran.

Yang aku pasti,
Salah dan benar.
Ya atau tidak.
Mati itu pasti.
Syurga itu menanti.
Masihkah aku mahu berdendam?

Hati.
Fikirlah sendiri.

Note: Sorrowful!
Please guide me to the light!

 
;