10 September 2014

Lesson 4: Tazkirah Khamis

Asslamualaikum, Konnichiwa!

Ha, nak pergi mana tu, jangan lari. Asal nama tajuk tazkirah, ceramah, ah-ah belakang tu lari ye.
No no no, tak mo tak mo tak mo.

Hehe, bukan nak bagi tazkirah pun la. Don't worry ok. Just nak share satu benda yang aku sembang dengan adik aku hari tu.

Adik aku now dia study dekat tahfiz. Ya, alhamdulillah. My ibu cakap,
"Nak hantar kau dulu tak cukup duit sekarang dah kaya sikit bolehlah masukkan adik kau tu."

Cehh, kaya sangat. Ye lah ye ibu, along hafal sendiri la. (Tu yang juzuk amma dah tasmik pun lupa balik).

Ok dah jauh melalut. Cerita pasal adik aku. Nak dijadikan cerita alkisahnya dia kata kawan-kawan amat-amatlah hebat. Dua jam boleh tasmik dua muka. Dia yang dua hari satu muka pun ingat-ingat lupa. Jadi dia rasa down. Tak boleh nak bawak.

Jadi sebagai along yang mithali (cewah) aku pun nasihat lah dia. Tak nak dia down sangat. Walaupun aku lagi yang patut down. Juzuk amma pun lupa dah. Hehe.

Yakin. Tu yang aku cakap kat dia.
"Ko kena yakin achik. Even though bila compare dengan orang lain ko rasa kurang. Tapi Allah tak tengok end result je tau. Dia tengok effort kita."

Then ditibainye adik aku tanya,
"Along even though tu apa?"

Allah, punya panjang lebar aku cakap.
"Even though tu maksudnya walaupun."
Adik kan. Tak pe. Sabar.

Then aku sambung,
"Jadi ko kena yakin. Allah nak bagi, bila-bila dia boleh bagi. Tapi Allah nak tengok ko sayang Dia banyak mana."

Lepas itu aku tambah la example yang aku 'ter'dengar kat ikim fm.
"Ko nak tau dulu la, ni kisah zaman nabi. Ada orang tu buta. Buta, so macam mana nak mengaji qura'an. Dulu mana ada qura'an braille ni. Tapi tiap malam sebelum tidur dia akan peluk qura'an tu sampai dakwat pecah-pecah  sebab menangis-nangis tak dapat baca ayat-ayat yang Allah nak beritahu dia."

Adik aku melopong dengar. Focus. Then masuk pula adik aku yang kecil sekali. Pun join. Lagi semangat aku, dah macam motivator.

"Ko tahu, nabi agung-agungkan dia tau. Jadi sahabat nabi yang lain nak tengok la orang tu. Memang. Sampai tak nampak tulisan, sebab air mata dia menitis atas qura'an tu."

"Jadi ko nampak tak apa yang along nak sampaikan. Ko kena yakin. Kebolehan semua orang Allah bagi lain-lain sebab nak tengok usaha. Cuba ko fikir, kalau ko genius, ada ko nak cuba bangun malam semata-mata nak hafal sebab esok ustazah nak tasmik. Baik ko hafal esok kan."

"Thanks along."

Waduh touching aku. Yakin. Hmm.. aku pun tak confident. As long as I do my best. Ya. Jangan pula rasa dah terbaik dah aku buat ni. Jangan berhenti buat yang terbaik. Yeah, that's better.

Note: Panjang pula entry aku kali ni. Hmm.. tukar cita-cita jadi motivator la. Hehe.

0 'uJiAn':

 
;