Bergegar dunia,
Dicanang merata,
Engkaulah mangsa
Kepada si pendusta,
Apa yang kau bangga,
Muntahkan berita yang kononnya fakta,
Demi bahagia sementara
Warsa ini nista berleluasa,
Ulama dicela dengan rela,
Panduan menjelma menjadi kitab,
Makian terbit dipertandingkan
Sudah, diamlah, kunci jarimu,
Usah gusar gundah hatimu,
Tuhanmu berjanji taqwa menjadi paksi,
Goyah tiang hanya pada yang ragu,
Bahawa akhirat hakiki, itu pasti!
0 'uJiAn':
Post a Comment